TH dalam satu kenyataan berkata, kesemua akaun itu tidak melakukan sebarang transaksi melebihi tujuh tahun berturut-turut.

"TH menasihati para pendeposit untuk mengaktifkan akaun masing-masing dengan melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi simpanan atau pengeluaran wang di mana-mana cawangan TH, kaunter atau transaksi dalam talian rakan strategik TH sebelum 31 Mei 2018.

TH turut menyatakan pengemaskinian maklumat pendeposit seperti alamat, nombor telefon dan penamaan waris penting untuk memudahkan TH menghubungi bakal haji atau wairs untuk urusan surat penghantaran tawaran haji dan pengurusan harta.

"Sekiranya pendeposit tidak dapat dihubungi, berkemungkinan bakal haji akan terlepas giliran haji pada tahun berkenaan dan perlu menunggu giliran tahun berikutnya untuk mengerjakan ibadah haji," jelasnya.
 
TH memohon supaya pendeposit atau anak di bawah jagaan yang kehilangan buku akaun datang ke mana-mana cawangan TH dengan membawa kad pengenalan atau sijil kelahiran bagi tujuan semakan, penggantian buku baharu dan kemas kini maklumat.

Sebarang pertanyaan berkaitan akaun tidak aktif atau perkhidmatan, orang ramai boleh menghubungi talian khidmat pelanggan di 03-62071919. - Bernama