Setakat ini, Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) telah memperuntukkan dana sebanyak Rp50 billion (RM13.8 juta) bagi membekalkan air bersih di kawasan terbabit.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata, antara wilayah yang teruk terjejas ialah di provinsi Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah, Yogyakarta, Jawa Timur, Nusa Tenggara Barat, Nusa Tenggara Timur dan Lampung.

"Di Pulau Lombok dan Pulau Sumbawa misalnya, bekalan air bersih amat meruncing berikutan berlakunya kejadian gempa bumi yang telah merosakkan sistem paip air, " katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, berdasarkan data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG), musim kemarau itu dijangka berterusan sehingga akhir September ini. - Bernama