Halimey, 46, yang merupakan bekas Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperoleh sebanyak 13,725 undi manakala Dr. Halimah, 58, yang merupakan bekas Ahli Exco kerajaan negeri Selangor mendapat sejumlah 9,698 undi.

Halimey bagaimanapun memperoleh majoriti lebih rendah berbanding majoriti undi 19,372 yang dimenangi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Allahyarham Prof Dr. Shaharuddin Badaruddin pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), 9 Mei lepas.

prk
Para penyokong meraikan kemenangan Halimey. 

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zain pada pukul 9 malam di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sivik MBPJ di sini.

PRK DUN Seri Setia diadakan serentak dengan PRK DUN Balakong dan diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu Shaharuddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas. - Bernama