Menurut sumber, kejadian melibatkan pelajar lelaki berumur antara 14 hingga 17 tahun yang dipercayai telah dipaksa untuk melakukan hubungan seksual sejenis, diliwat dan menghisap kemaluan lelaki berkenaan.

Berdasarkan butiran laporan, kesemua mangsa turut dipukul dan diugut bunuh sekiranya perkara tersebut terbongkar kepada pengetahuan orang lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Polis Mohamad Noor Yusof Ali memberitahu, dia telah dimaklumkan atas laporan berkenaan dan pihaknya kini masih menjalankan siasatan. - K! ONLINE