Hakim Ahmad Fairuz Mohd. Puzi mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Lenggeng di Nilai, P. Murugan, 40, pada September 2016.

Murugan didakwa memiliki kertas soalan Matematik 015/1 antara 8 September dan 17 September 2014 melalui seunit telefon pintar di sebuah rumah di Taman Sri Mawar, Mantin dekat Nilai.

Dia dituduh mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Murugan diwakili peguam M.Haresh dan Ramzani Idris. - K! ONLINE