Gunung yang turut menjadi destinasi popular dalam kalangan pelancong dan pendaki Malaysia itu, mengalami kerosakan teruk pada laluan pendakian akibat kejadian tanah runtuh susulan gempa bumi yang berterusan berlaku sejak awal Ogos lepas.

Gunung berketinggian 3,726 meter itu adalah sebahagian daripada Taman Nasional Rinjani yang seluas kira-kira 41,330 hektar, destinasi popular pelancong luar yang teruja dengan keindahan semulajadinya.

Ketua Taman Nasional Rinjani, Sudiyono berkata, proses pemulihan laluan pendakian akibat kejadian tanah runtuh dan retakan akibat gempa bumi itu dijangka mengambil masa setahun.

"Laluan pendakian banyak yang retak-retak dan sangat membahayakan pendaki, ia mengambil masa setahun untuk diperbaiki bagi membolehkan aktiviti pendakian kembali diadakan," katanya. - Bernama