Turut dibebaskan ialah ahli perniagaan, Phang Li Koon.

Ia berikutan pihak pendakwaan dari Jabatan Peguam Negara menarik balik pertuduhan tersebut.

Pada Mac lalu, Guang Eng dan Li Koon mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan pindaan ke atas mereka.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn. Bhd.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, dia didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak diJalan Pinhorn, George Town di sini daripada Li Koon dengan harga RM2.8 juta. - K! ONLINE