Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini berkata, langkah pengenaan GST pada kadar sifar itu terpakai di seluruh negara dan semua peniaga yang berdaftar perlu mematuhi penetapan tersebut.

“Penetapan tersebut tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan dari GST,” katanya.

Pada masa yang sama, kenyataan itu memaklumkan, peniaga yang berdaftar masih tertakluk kepada semua peraturan semasa yang ditetapkan antaranya pengeluaran invois cukai, penghantaran penyata cukai di dalam tempoh bercukai yang ditetapkan dan tuntutan kredit cukai input.

“Susulan penetapan ini, peniaga perlu memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setiap masa,” katanya.

Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian 1 300 88 8500 atau 03-7806 7200 (Pusat Panggilan Kastam). - K! ONLINE