Harga tiket ini boleh dibeli di setiap lokasi GSC seluruh Malaysia bagi semua filem 2D yang akan ditayangkan sebelum pukul 1 petang.

Menurut Pengurus Pemasaran Kanan GSC, Lionel Loh, kempen ‘Sayangi Malaysiaku’ ini dilancarkan pada masa yang tepat di mana beberapa filem berkualiti turut ditayangkan sepanjang Ogos ini antaranya The Meg, Christopher Robin, The Predator dan banyak lagi.

“Terdapat banyak filem hebat yang akan ditayangkan sepanjang tempoh kempen ini. Selain dilancarkan bersempena dengan semangat Hari Kemerdekaan Negara dan Hari Malaysia, kempen ini juga bertujuan untuk memberi kepuasan serta pengalaman berbeza buat pelanggan kami dengan pelbagai keistimewaan dalam segi promosi harga, tawaran menarik serta acara-acara hebat  sepanjang Ogos dan September ini.

“Kami berharap kempen ini akan memberi sesuatu yang baharu untuk pelanggan kami nikmati apabila menonton filem di setiap pawagam GSC kami seluruh Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Loh, tawaran dalam kempen ini juga akan menjadi lebih istimewa buat pelanggannya yang menggunakan kredit kad baharu GSC Hong Leong apabila diberikan potongan harga RM6 lagi, sekali gus menjadikan harga tiket menjadi hanya RM4 dengan setiap pembelian menerusi platform tiket dalam talian GSC.

“Lebih menarik, GSC turut menawarkan harga kombo berpatutan bagi pembelian bertih jagung dan juga barangan premium serta ekslusif yang boleh didapati di setiap kaunter,” ujarnya lagi.

Untuk maklumat lanjut layari laman web GSC di www.gsc.com.my atau laman Facebook GSC www.facebook.com/GSCinemas. - K! ONLINE