Menurut jurucakapnya, perisa baharu itu dilancarkan bagi memberi peluang kepada para pelanggannya menikmati bertih jagung dengan perisa lain daripada yang lain.

“Campuran nenas dan kelapa merupakan satu kombinasi unik dan menghasilkan satu rasa yang tidak pernah dihasilkan di tempat lain.

“Justeru, orang ramai perlu datang ke GSC dan merasai sendiri bertih jagung perisa baharu kami jika inginkan kelainan,” katanya pada Majlis Pelancaran Perisa Baru Shake Shake Popcorn di pusat beli-belah One Utama di sini hari ini.

Ujarnya, orang ramai boleh mendapatkan bertih jagung tersebut di setiap cawangan dan dijual dengan harga RM11.50 satu pek serta RM12.00 untuk set kombo. - K! ONLINE