Program anjuran KPM itu merupakan antara aktiviti pembukaan bagi siri Jelajah Pendidikan KPM di negeri Pahang bermula hari ini sehingga esok.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Dr. Zainal Aalam Hassan berkata, penganjuran program itu bertujuan bagi merapatkan jurang antara pimpinan di KPM dengan masyarakat setempat serta memberikan peluang kepada masyarakat berhubung lebih dekat pada masa sama menjalinkan kerjasama erat dengan pegawai-pegawai di kementerian.

"Program sebegini turut memberikan peluang pegawai-pegawai kanan, pengurusan tertinggi KPM melihat sendiri keadaan sekolah dari segi infrastruktur serta fizikal sekolah yang mungkin memerlukan penyelenggaraan atau pembaikan segera.

"KPM turut menyediakan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi tujuan penyelenggaran kecil di SMK Ahmad dan diharap ia dapat membantu pihak pentadbir sekolah dalam menyelenggara sekolah ini," katanya dalam ucapan perasmian Program Gotong-Royong Pengurusan Tertinggi KPM di sini hari ini. - K! ONLINE