Presiden MTUC, Datuk Abdul Halim Mansor berkata, setiap sektor gabungan MUTC akan menerima manfaat insentif berkenaan.

"Kita telah merancang untuk menyediakan pelan pendidikan kepada semua sektor gabungan MTUC termasuk sektor swasta, kerajaan dan badan berkanun.

"Antara pelan pendidikan itu ialah berkaitan pengurusan kesatuan, pemahaman undang-undang dan Akta Perlindungan Hak Pekerja, pengendalian pertikaian serta pengelolaan kesatuan dan anggota baharu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas inisiatif diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa  sambutan Hari Pekerja 2018 pada Selasa lepas termasuk pemberian geran khas kepada MTUC sebanyak RM3 juta. - Bernama