Menurut sumber, kepala wanita itu ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan mengerikan pada pukul 4.30 petang.

Kata sumber, penduduk kampung yang menemui kepala itu kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Sepasukan anggota polis kemudian bergegas ke lokasi penemuan kepala itu bagi melakukan siasatan lanjut.

"Apabila tiba di tempat tersebut, pasukan polis telah menemui bahagian kepala wanita dipercayai berusia 20-an dan mati dalam tempoh 24 jam," katanya ketika dihubungi hari ini. - K! ONLINE