Mangsa dilaporkan cedera ekoran terkena runtuhan batu ketika sedang melawat Taroko Gorge National Park di wilayah berkenaan.

Pegawai di jabatan bomba daerah Hualien memberitahu, pihaknya kini merancang menghantar bantuan perubatan dengan menggunakan helikopter penyelamat bagi merawat mangsa yang tercedera.

Pada 1.01 tengah hari dan 1.17 tengah hari waktu tempatan, dua gempa bumi masing-masing berkekuatan 6.1 dan 4.1 Magnitud melanda wilayah Hualien.

Dalam pada itu di Taipei, Pengarah Pusat Seismologi, Chen Kuo-chang berkata, gegaran tersebut berlaku selama 33 saat dan boleh dirasai di seluruh Taiwan.

"Ia merupakan gempa pertama melebihi 6.0 magnitud tahun ini," ujarnya

Pihak berkuasa tTaipei turut menghentikan sementara perkhidmatan Stesen Transit Aliran Massa (MRT) bagi membolehkan pemeriksaan dijalankan. - AFP