Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, pusat gempa itu terletak di 6.1 utara dan 116.6 timur kira-kira 16 kilometer di barat laut Ranau.

"Gegaran dirasai di Ranau," kata kenyataan itu.

Semalam, gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Ranau pada pukul 9.06 malam.

Berikutan itu, kesan gegaran dapat dirasai kebanyakan penduduk di kawasan pantai barat Sabah termasuk  Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran dan Ranau. - Bernama