Adik mangsa, Maygen Chen berkata, dua anak mangsa juga telah tiba di Lombok untuk menemani ibu mereka yang berusia 56 tahun itu.

Bagaimanapun, kami belum pasti bila akan pulang ke tanahair, katanya ketika dihubungi Bernama, malam ini.

Beliau berkata, ahli keluarganya terperanjat dan bimbang apabila mengetahui bahawa kejadian gempa bumi melanda Lombok dan kawasan peranginan berkenaan turut terjejas. - Bernama