Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa yang terselamat dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 3.15 petang.

Jelasnya, mayat rakyat Malaysia yang terkorban dalam bencana tersebut iaitu mendiang Datin Tai Siew Kim dan mendiang Lim Sai Wah pula dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5.10 petang dengan pesawat Garuda Indonesia GA816 diiringi oleh ahli keluarga.

"Sementara itu, empat orang mangsa masih menerima rawatan di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Mataram.

“Wisma Putra merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Republik Indonesia dan pihak-pihak berkuasa tempatan atas kerjasama baik yang telah diberikan,” katanya. - K! ONLINE