Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, pusat gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu terletak di 0.4 darjah utara dan 98.2 darjah timur, kira-kira 119 km tenggara dari Nias, Indonesia.

Gempa itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. - Bernama