Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, gempa tersebut berlaku 29 kilometer (km) Timur dari Kepulauan Samar, Filipina.

Gempa dengan kedalaman 88km itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter, yang melanda wilayah Zambales di Pulau Luzon, Filipina petang semalam.

Beberapa kawasan turut terjejas termasuk Metro Manila, Bulacan, Batangas, Bataan, Pampanga, Baquio City, Cabanatuan City, Palayan City, Gapan City, Santo Domingo and Talavera, Nueva Ecija Baler dan Aurora.

Dalam pada itu, Kementerian Luar hari ini mengesahkan setakat ini, tiada laporan tentang rakyat Malaysia yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda Pulau Luzon. - Bernama