Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa pada kedalaman lima kilometer itu berpusat di 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur, iaitu kira-kira 16 kilometer dari barat laut Ranau.

Gegaran turut dirasai di hampir kebanyakkan daerah pantai barat Sabah termasuklah Kota Belud, Tuaran, Penampang dan Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Dalam kejadian 5 Jun 2015, Sabah dikejutkan dengan gempa bumi pada kekuatan 5.9 pada skala Richter yang berpusat di Ranau.

Gegaran kuat yang dirasai di hampir kesemua daerah di negeri itu turut mengorbankan 18 nyawa iaitu enam rakyat Malaysia, sembilan Singapura dan masing-masing seorang warga China, Jepun serta Filipina. - K! ONLINE