Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), gempa bumi yang berlaku pada pukul 4.10 petang waktu Indonesia Barat (WIB), berpusat di 62km di Timur Laut Labuha-Malut, pada kedalaman 10 kilometer (km) di Laut Maluku.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Setakat pukul 5.26 petang WIB, lima gempa susulan bermagnitud antara 5.2 hingga 5.8 skala Richter dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan.

Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dalam satu kenyataan meminta rakyat Malaysia yang berada di kawasan itu, mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa. - Bernama