Gempa berpusat di 17 kilometer (km) Tenggara Kabupaten Bandung, Jawa Barat itu berlaku pada pukul 1.08 minit waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu dirasai di daerah Bojongsoang dan Banjaran Kabupaten Bandung .

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Tiada laporan kerosakan dan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam satu kenyataan berkata, pelajar-pelajar Malaysia di Bandung dilaporkan selamat dan tidak terjejas dengan kejadian itu.

"Kedutaan akan terus memantau situasi ini. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular sila hubungi talian +62215224947," kata kenyataan itu. - Bernama