Syed Saddiq menjelaskan bahawa gelaran itu hanya ditujukan kepada persatuan yang secara terbuka menyokong parti politik terutamanya ketika musim kempen pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14) lepas. 

"Saya minta maaf kerana 'pukul rata' hal ini, saya rasa tidak betul kalau semua anak muda dan persatuan dipanggil macai. Ia (panggilan macai politik) harus ditujukan kepada kepimpinan persatuan anak muda yang telah memberikan endorsement terbuka kepada Barisan Nasional (BN) yang pada masa sama mengeluarkan kenyataan seperti tanpa BN atau pemuda UMNO,  tak akan wujud persatuan belia itu. 

"Saya tekankan di bawah pimpinan kementerian yang baharu ini, pihak persatuan tidak perlu nyatakan sokongan terbuka kepada kerajaan sebaliknya saya lebih suka kalau mereka (persatuan) lebih jujur mengkritik kerajaan, tentang apa yang mereka suka dan tak suka," katanya.  

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi perjumpaan bersama kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM),  hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden MBM, Mohd. Zaidi Aziz. - Bernama