Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu dinyatakan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2017.

Menurut JPA, GCR yang boleh dikumpulkan oleh penjawat awam adalah kekal sebagai 150 hari dan dibayar dengan wang tunai, dengan bayaran itu dijelaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2008.

JPA dalam kenyataan itu menjelaskan mereka yang layak mendapat kebenaran menggunakan baki GCR yang melebihi 150 hari sebagai cuti rehat pada tahun persaraan adalah pegawai lantikan tetap berpencen dan pegawai yang bersara wajib bagi skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Permohonan untuk menggunakan lebihan 150 hari GCR sebagai cuti rehat boleh dibuat 12 bulan  dari  tarikh persaraan dengan kelulusan dibuat oleh ketua jabatan, kata JPA.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kebenaran menggunakan GCR melebihi 150 hari sebagai cuti rehat pada tahun persaraan pada pembentangan Bajet 2018 sebagai menghargai sumbangan penjawat awam. - K! ONLINE