Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, pemilik premis berkenaan perlu memindahkan operasi kilang itu secepat mungkin bagi mengelak berulangnya kejadian kebocoran gas amonia.

"Minggu depan cuti sekolah dan saya rasa ia adalah waktu yang tepat untuk kilang ais ini berpindah, paling penting tangki gas amonia yang ada di kilang ini perlu dipindahkan," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah berkenaan di sini, hari ini.

Menurut Loy Sian, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) juga telah membatalkan lesen operasi kilang itu bermula hari ini berikutan berlaku kebocoran kali kedua semalam.

Tambah beliau, pihaknya turut akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan seluruh Selangor untuk mengadakan bancian ke atas kilang ais dan kilang menyimpan gas serta bahan kimia berbahaya bagi  mengetahui jumlah dan lokasi kilang berkenaan. - Bernama