Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Sekolah (PIBG), Tan Lian Hee berkata, kesemua pelajar berusia 15 dan 17 tahun berkenaan dibawa ke Hospital Shah Alam dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun sehingga kini katanya, pihaknya belum dapat mengesahkan sama ada gejala yang dialami berpunca daripada gas berkenaan.

Sementara itu, pengetua sekolah berkenaan Lim Peck Poh memberitahu, pihaknya telah mengarahkan kesemua pelajar sesi pagi pulang ke rumah bagi tujuan keselamatan.

Bagaimanapun, persekolahan sesi petang dilaporkan berjalan seperti biasa.

Terdahulu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Azmel Kamarudin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Pengetua SMJKC Chung Hwa memaklumkan mengenai bau yang kuat dari kilang berkenaan disyaki mengalami kebocoran gas kira-kira pukul 7 pagi.

Kejadian pada pagi tadi adalah yang kali ketiga.

Isnin lalu, kejadian kebocoran gas amonia di kilang memproses ais berkenaan telah meragut dua nyawa selepas terhidu gas berkenaan pada bacaan 550 PPM.

 Dalam kejadian kira-kira pukul 5.11 pagi itu, 25 lagi pekerja kilang mengalami sesak nafas, muntah-muntah dan pedih mata akibat terhidu gas amonia berkenaan. - K! ONLINE