Majlis perkahwinan yang berlangsung secara tertutup malam tadi di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan itu diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh kaum kerabat terdekat istana dan sahabat handai baginda sahaja.

Rata-rata warganet memuji perkahwinan itu yang diadakan secara sederhana menggambarkan sifat baginda yang sukakan kesederhanaan.

Sebelum ini majlis perkahwina itu diumumkan oleh Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Datuk Tengku Feissal yang turut memberitahu, Tengku Faiz turut bertitah agar cenderamata-cenderamata sempena istiadat perkahwinan baginda disumbangkan kepada badan-badan kebajikan negeri Kelantan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), rumah anak-anak yatim dan orang tua serta Persatuan Bulan Sabit Merah. - K! ONLINE