Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu terhadap Pengarah Syarikat Intercompass Sdn. Bhd., Muhamad Rizal Abd. Rahman, 40, selaku orang kene saman (OKS) selepas dia yang mewakili syarikatnya mengaku salah atas pertuduhan disabitkan. 

Mahkamah turut memerintahkan waran levi dikeluarkan sekiranya OKS gagal membayar denda itu dan OKS membanyarnya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua syarikat itu didakwa sebagai majikan kepada C. Suresh dan K. Rajalingam yang kedua-duanya warganegara India berusia 30 tahun telah gagal melaporkan butir-butir tentang penggajian pekerja asing di Pejabat Tenaga Kerja (PTK) yang terdekat dalam tempoh 14 hari setelah pengambilan mereka.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di PTK Tingkat, 9 Menara Perkeso Jalan Ampang di sini pukul 11 pagi pada 22 Januari lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 60K(1) Akta Kerja 1955 dan majikan boleh dihukum dibawah Seksyen 60K(5) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM10, 000 jika sabit kesalahan. - K! ONLINE