Ia sekaligus mencatat rekod kutipan tertinggi sepanjang zaman bagi kategori filem animasi di pawagam Malaysia, mengalahkan filem antarabangsa, Incredibles 2 yang memegang rekod tersebut sebelum ini.

Lebih membanggakan apabila jumlah penonton tersebut tidak pernah dicapai sebelum ini dan menjadi penanda aras baru bagi filem tempatan. Ia dijangkakan akan meningkat pada hari minggu yang akan datang.

Kejayaan filem ini adalah hasil dari penulisan cerita yang luarbiasa dalam mengaitkan watak Upin dan Ipin dengan watak-watak hikayat dongeng melayu lama seperti Mat Jenin, Raja Bersiong, Nakhoda Ragam dan banyak lagi.

Selain itu, lagu tema dan animasi yang cantik mendapat pujian netizen yang meletakkannya setanding dengan filem animasi antarabangsa. Upin& Ipin : Keris Siamang Tunggal adalah tontonan sesuai untuk seisi keluarga dari kanak-kanak hingga ke warga emas.