Pengarah filem Paskal Adrian Teh berkata, sambutan memberangsangkan itu menunjukkan peningkatan kepercayaan penonton terhadap filem tempatan berunsur aksi ketenteraan.

Katanya, secara langsung dapat menanam sifat patriotik rakyat terhadap pengorbanan anggota tentera terutama Paskal.

"Sudah tentu saya dan produksi filem Paskal akan berbesar hati dengan sokongan dan sambutan orang ramai yang terus menonton Paskal.

"Saya secara peribadi tidak meletakkan sebarang sasaran kutipan namun hanya berharap penonton mengetahui kehebatan wira tidak didendang ini," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Selangor di Bukit Jelutong.

Terdahulu beliau bersama produksi filem Paskal menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada waris Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang diterima oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Azmi Osman.

Mula ditayangkan pada 27 September lepas, Paskal The Movie dibarisi pelakon Hairul Azreen, Ammar Alfian, Taufiq Hanafi, Gambit dan Jasmine Suraya Chin itu sudah ditayangkan di Brunei. 

Negara Singapura pula bakal menayangkan filem berkenaan pada 8 Oktober lalu.

Sementara itu, pelakon Jasmine memberitahu, filem itu mempunyai kekuatan sendiri dengan menerapkan dan menonjolkan kekuatan elemen ketenteraan negara kita.

"Hasil maklumbalas diterima daripada rakan-rakan sendiri yang menonton filem terbabit mendapati mereka amat menyukai kesemua adegan yang dipamerkan dalam Paskal," jelasnya. - K! ONLINE

Produksi filem Paskal menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada waris Pasukan Penyelamat Di Air.
Produksi filem Paskal menyampaikan sumbangan RM30,000 kepada waris Pasukan Penyelamat Di Air.