Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, ia adalah rentetan daripada memorandum persefahaman yang ditandatangani oleh Felda dan Synergy Promenade Sdn. Bhd. pada 15 Januari lalu.

“Dengan pendaftaran ini, Jawatankuasa Khas Rundingan yang dilantik pada 8 Februari 2018 akan memulakan rundingan dengan syarikat pemaju untuk penambahbaikan terma dan syarat Perjanjian Pembangunan tanah-tanah berkenaan, “ katanya pada sidang akhbar di Menara Felda di sini hari ini. - K! ONLINE