Kata Fauzi, 46, sekiranya wanita berkenaan yang dikenali sebagai Nurul Ashikin tidak berbuat demikian, dia dan isterinya tidak akan teragak-agak membawa perkara itu ke muka pengadilan.

“Sebelum ini isteri saya ada buat pendedahan mengenai perkara ini dalam media sosial, tetapi malangnya sehingga ke hari ini dia masih tidak tampil dan menghilangkan diri tanpa berita.

“Pada mulanya kami enggan perkara ini melarat kerana masih ada perasaan kasihan dan simpati dengan kehidupannya yang mungkin berdepan dengan masalah keluarga.

“Tetapi lain pula jadinya apabila dia menghilangkan diri dan sudah berpindah rumah. Jadi, saya dan isteri sepakat memberi tempoh kepadanya sehingga bulan Ogos depan,” ujarnya ketika ditemui semalam.

Tambah aktor filem Munafik 2 itu, dia mengambil keputusan untuk menggunakan tindakan undang-undang supaya perkara sama tidak berulang kepada orang lain.

Terdahulu, pada Jun lalu Lisdawati pernah memuat naik maklumat berkenaan wanita itu selepas dia menghilangkan diri bersama sejumlah wang yang dibayar untuk tujuan pelaburan. - K! ONLINE