Choo Kiong, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Mengikut pertuduhan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu didakwa melakukan rogol terhadap seorang wanita berusia 23 tahun di dalam senuag bilik di tingkat atas di rumah di Taman Desa Meru, Bandar Meru Raya di sini pada pukul 8.15 hingga 9.15 malam 7 Julai lalu. 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Azhar Mokhtar dan Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Wardah Shahidan dan Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh diwakili RSN Rayer, Leong Cheok Keng, Ram Karpal Singh dan Farhan Sapian.

Hakim Norashima membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan menetapkan 24 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan. - K! ONLINE