Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan senarai nama barisan Exco yang bakal dilantik semula itu akan diumumkan esok.

"Saya baru sahaja mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan baginda memaklumkan Menteri Besar sudah sampaikan senarai barisan Exco.

"Senarai nama barisan Exco yang akan dilantik semula pada esok hari sudah diperkenankan," katanya ketika ditemui selepas mengunjungi Sahruddin di Kota Iskandar di sini hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri mengadap Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dekat sini. - K! ONLINE