Tiga muka baharu yang dilantik itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd. Solihan Badri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memegang jawatan selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur.

ADUN Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi (Bersatu) pula dilantik memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

Manakala, ADUN Jementah, Tan Chen Choon (DAP) pula memegang portfolio Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar.

Dua Exco digugurkan iaitu ADUN Skudai, Tang Hong Pin yang sebelum ini menjawat portfolio Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi, Tang Hong Pin serta Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri yang juga ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang.

Terdahulu, 10 Exco yang dilantik mengangkat Sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mangadap, Istana Bukit Serene di sini.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal. - K! ONLINE.

Senarai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor baharu

  1. Dr. Sahruddin Jamal - Menteri Besar memegang portfolio Jawatankuasa Hasil Bumi, Pentadbiran, Kewangan , Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Johor
  2. Aminolhuda Hassan - Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi
  3. Sr. Dzulkefly Ahmad - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia
  4. Liow Cai Tung - Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  5. Jimmy Puah Wee Tse - Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti
  6. Mohd. Khuzzan Abu Bakar - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan
  7. Dr. S. Ramakrishnan - Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  8. Sheikh 'Umar Bagharib Ali - Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  9. Tosrin Jarvanthi - Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar
  10. Tan Cheng Choon - Pemgerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar
  11. Mohd. Solihan Badri - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur