Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata, 26 warga Filipina serta empat warga Indonesia berumur lingkungan tiga hingga 52 tahun ditahan dalam operasi bermula pukul 11.30 malam dan berakhir 2 pagi tadi.

"Seramai 44 pekerja telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut, 30 individu ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah atau meragukan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hazani berkata, kesemua tahanan telah dihantar ke Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 sebelum dihantar pulang ke negara asal. - Bernama