Menurutnya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang berbincang mengenai keputusan itu, termasuk usaha memperoleh peralatan tambahan bagi memantapkan tugas pasukan keselamatan di bawah Esscom.

"MKN bersama kerajaan negeri akan melihat tugas-tugas yang akan disusun semula.

"Kementerian Pertahanan dapat peruntukan tambahan sebanyak lebih RM200 juta dan akan diagih untuk mempertingkatkan tugas keselamatan oleh Esscom," katanya pada pemberita selepas berucap pada ceramah umum bagi calon DAP, Vivian Wong Shir Yee untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sandakan di sini malam tadi.

Beliau yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, perintah berkurung yang dilaksanakan di perairan pantai timur Sabah juga akan diteliti dari semasa ke semasa jika perlu diteruskan. - Bernama