Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memberi jaminan bahawa pemberian ESH itu akan dikekalkan untuk tahun depan namun jumlahnya masih belum diputuskan lagi.

"Sekiranya jumlahnya (ESH) terpaksa dikurangkan akibat kekangan kewangan negara, harap-harap jumlah munasabah," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Pelabuhan LKIM di Batu Maung hari ini.

Tambahnya, pihaknya sedang berbincang dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub dan Kementerian Kewangan untuk menentukan satu jumlah yang sesuai diberikan kepada para nelayan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang kebimbangan para nelayan mengenai ESH yang tidak diumumkan oleh kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2019. - K! ONLINE