Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan hari ini berkata ia melibatkan seramai 211 orang daripada 70 keluarga di daerah Larut, Matang dan Selama serta daerah Manjung.

Daerah Larut, Matang dan Selama mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 172 orang yang mana 78 daripadanya ditempatkan di Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Matang Gelugor.

Tiga puluh tiga mangsa lagi ditempatkan di DOR Kampung Jebong Simpang Halt, DOR Simpang Halt (32 orang) dan Surau Kampung Jawa Trong (29 orang).

Sementara itu, di daerah Manjung, seramai 14 orang ditempatkan di DOR Kampung Paya Ara Beruas dan 25 orang di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kota. - Bernama