Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, fenomena tersebut dijangka akan menyebabkan paras air laut berada pada aras tertinggi di kawasan-kawasan berisiko melibatkan daerah Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu serta Kemaman.

"Ramalan paras air laut tertinggi dengan bacaan 2.88 meter dijangka berlaku malam ini manakala esok pada paras 2.82 meter.

"Kesan daripada fenomena tersebut mungkin boleh mengakibatkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan terbabit sekiranya ia disusuli dengan hujan lebat," katanya ketika ditemui pemberita di Bilik Gerakan Bencana Negeri Terengganu di sini hari ini.

Jelas Che Adam, fenomena air pasang besar itu dijangka berlaku di daerah Kuala Nerus meliputi kawasan berisiko iaitu Pantai Tok Jembal dan Pantai Teluk Ketapang manakala bagi daerah Kuala Terengganu di Pantai Chendering serta Pantai Batu Buruk.

Katanya lagi, bagi daerah Besut pula meliputi kawasan Pantai Kuala Besut manakala daerah Kemaman di Pantai Kuala Kemaman. - K! ONLINE