Difahamkan, mereka bercuti di sebuah chalet di sini sempena cuti panjang Tahun Baharu Cina sebelum ditimpa kejadian malang tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Pegawai Bomba Kanan II Jaafar Jusin, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.34 pagi tadi.

Katanya, seramai 10 anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian bagi kerja- kerja menyelamat kesemua mangsa.

“Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Yazul Bahari Yakob, 46, Yusnina Yakob ,38, Yasmin Nor Aliza Yazul Bahari, dan Zufika Suhaimi masing-masing berumur 10 tahun.

“Empat mangsa yang telah ditemui  dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk tindakan selanjutnya. Operasi mengesan seorang lagi mangsa yang masih hilang yang dikenali Khaizuran Waliyuddin Suhaimi, 5, sedang giat dijalankan,” katanya di sini hari ini. - K! ONLINE.