Cuaca buruk di kawasan Pigne d’Arolla, pergunungan Alps kelmarin menyebabkan sekumpulan 14 pemain ski terperangkap secara mengejut, kata polis di Valais.

Pengurus di perhentian kawasan pergunungan terpencil itu telah membuat panggilan pada waktu Subuh semalam untuk mendapatkan bantuan menyebabkan tujuh helikopter dikerahkan ke lokasi untuk tujuan operasi menyelamat kesemua mangsa.

“Seramai 14 pemain ski yang terperangkap akibat ribut dipercayai terpaksa bermalam di luar kawasan Pigne d’Arolla, pergunungan Alps. Ia menyebabkan empat terbunuh, manakala lima yang lain masih berada dalam keadaan kritikal,” kata polis dalam satu kenyataan.

Hasil siasatan polis mendapati salah seorang daripada mereka terbunuh gara-gara terjatuh dari kawasan berbukit dan ditemui mati di tempat kejadian, manakala tiga yang lain disahkan mati di hospital. - AFP