Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam sewaktu keempat-empat mangsa sedang bekerja.

"Sewaktu kejadian keempat-empat pekerja warganegara Bangladesh itu sedang menaikkan batu di mana dua mangsa di atas dan dua lagi mangsa berada di bawah namun runtuhan berlaku dipercayai disebabkan bebanan berlebihan.

"Anggota yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya mendapati keempat-empat mangsa berusia dalam lingkungan 20-an ke 30-an mengalami kecederaan parah akibat kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jelas beliau, kesemua mangsa yang mengalami kecederaan di seluruh badan telah dikejarkan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan. - K! ONLINE