Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, kesemua mangsa iaitu tiga wanita dan seorang lelaki meninggal dunia di lokasi kejadian.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.53 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lipis ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

"Dua lelaki dewasa menaiki treler, tidak mengalami kecederaan manakala empat mangsa iaitu tiga wanita dewasa serta seorang lelaki dewasa dalam Perodua Viva disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

"Anggota kami melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Lipis bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Difahamkan, seorang daripada mangsa yang maut dikenali Nur Asmida Mohamed, 24, yang beralamat dari Kampung Keluat Beris Kubur, Bachok, Kelantan. - K! ONLINE