Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad dalam kenyataan dikeluarkan hari ini memaklumkan pihaknya dalam proses meningkatkan serta menstabilkan paras kolam dan tekanan di sistem agihan bagi proses pemulihan air secara berperingkat

Katanya, bantuan lori-lori tangki digerakkan dengan keutamaan kepada pelanggan dan premis kritikal dan kecemasan.

"Memandangkan insiden ini melibatkan gangguan berskala besar kami meminta kerjasama pelanggan untuk mendapatkan bantuan di Pusat Khidmat Setempat (PKS) dan pili-pili awam bagi mengelakkan kelewatan penghantaran bantuan lori tangki.

"Air Selangor dengan bantuan agensi-agensi yang berkaitan sedang berusaha sedaya upaya untuk memberi bantuan dan mempercepatkan pemulihan kesemua kawasan yang terlibat," katanya.

Pencemaran minyak diesel di Sungai Selangor itu didapati berpunca dari aktiviti kerja pengorekan pasir di hulu sungai.

Ini mengakibatkan LRA Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pada pukul 6 petang swmalam, diikuti LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) pukul 8 malam dan LRA SSP1 serta LRA SSP2 pada pukul 8.15 malam tadi. 

Kosmo! Online semalam melaporkan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar menegaskan kejadian pencemaran sebanyak dua kali sehingga menyebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) ditutup semula secara berperingkat boleh dianggap sebagai satu tindakan sabotaj.

Beliau menjelaskan penutupan semula itu telah membebankan pengguna air di Selangor. - K! ONLINE