Menurut agensi berita antarabangsa Reuters, sehingga pukul 7.59 malam ini, mangsa kelapan telah berjaya dibawa keluar daripada gua berkenaan.

Sebelum itu, dua lagi mangsa turut berjaya diselamatkan dan dibawa keluar dari lokasi tersebut kira-kira pukul 7.30 malam.

Sehingga kini, seramai lapan daripada 13 kanak-kanak dan jurulatih yang berusia antara 11 hingga 25 tahun telah diselamatkan dan dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan lanjut, manakala lima lagi masih berada di dalam gua berkenaan.

Semalam, kumpulan pertama empat kanak-kanak daripada kumpulan terbabit telah berjaya dibawa keluar selepas kesemua mereka terperangkap di dalam gua berkenaan sejak lebih dua minggu lalu.

Insiden tersebut telah menarik perhatian seluruh dunia termasuk beberapa negara turut menghantar pasukan penyelam bagi membantu operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa. - K! ONLINE