Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU di Kinarut ialah 72, diikuti Bongawan (63) Keningau (61) dan Sandakan (52) manakala pulau bebas cukai, Labuan pula mencatat IPU 78.

acaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai yang ingin mengetahui tahap IPU di negeri ini boleh merujuk laman web http://apims.doe.my untuk mendapat bacaan IPU terkini pada setiap jam. - Bernama