Sekali gus kutipan itu memadam rekod filem Hantu Kak Limah yang sebelum ini mengutip RM9 juta selepas empat hari ditayangkan.

Perkara berkenaan disahkan oleh Syamsul sendiri menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi yang menyatakan kutipan itu bermula pada hari pertama tayangan sehingga semalam.

"Allah memungkinkan setiap sesuatu yang mustahil benar-benar menjadi," tulisnya.

Sebelum ini Munafik 2 mencatat kutipan sebanyak RM3.6 juta pada hari pertama tayangannya, manakala pada hari tayangan awal sebelumnya pula ia mencatat kutipan sebanyak RM2.05 juta.

Filem yang turut dibintangi Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi dan Mawi itu menelan belanja sebanyak RM2.8 juta. - K! ONLINE