Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata mangsa juga dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu.

“Operasi menyelamat sedang dilakukan dan status mangsa belum diketahui," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh pergi ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 12.57 tengah hari. - Bernama