Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, dua daripada mangsa iaitu pemandu wanita dan anaknya berusia 13 tahun hanya cedera ringan. 

Sementara dua lagi tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Ketua Polis Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, siasatan awal menerusi panggilan telefon daripada pemilik kenderaan itu mendapati SUV itu dipandu isterinya dan disertai tiga lagi anak mereka. 

Katanya, semasa kejadian empat beranak itu dalam perjalanan ke Tok Muda dari Jalan Keretapi Lama. 

"Sebaik tiba di lokasi kejadian kenderaan tersebut terbabas ke dalam parit. 

"Pemandu kenderaan itu mengalami 
pendarahan di kelopak mata dan seorang anak lelaki berusia 13 tahun cedera di kaki,"katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Jelas beliau, bagaimanapun laporan rasmi belum dilakukan oleh pemilik dan pemandu kenderaan tersebut. 

Kes kini disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 kerana gagal mengawal kenderaan menyebabkan kemalangan.

Insiden tersebut menjadi tular di laman sosial aplikasi WhatsApp dan Facebook berikutan ini adalah kali pertama kemalangan melibatkan Proton X70 sejak dilancarkan secara rasmi 12 Disember tahun lalu. 

Rata-rata netizen mengaitkan kemalangan itu disebabkan aplikasi sokongan suara Hi Proton. - K! ONLINE